Monday, March 31, 2008

Tip Untuk Masuk Final Dalam Pertandingan Karaoke

Bagi anda yang baru menceburi dalam bidang nyanyian dan bercadang memasuki pertandingan karaoke, perkara-perkara berikut perlu dilakukan untuk memastikan anda dapat masuk ke final dan seterusnya mendapat tempat yang terbaik:

- Tahu memilih lagu yang sesuai dengan suara asal.
- Tahu lirik lagu sepenuhnya.
- Tahu bagaimana cara mengawal suara.
- Tahu apa itu sebutan dan patah lagu.
- Tahu nada lagu.
- Tahu adab masuk dan keluar pentas.
- Tahu bagaimana cara untuk mengawal pentas.
- Tahu menggayakan pergerakan mengikut tempo lagu.
- Tahu mewujudkan perhubungan maya dengan penonton melalui persembahan.
- Tahu menggunakan "body language" dan memek muka pada setiap baris nyanyian.
- Tahu mengenakan pakaian yang bersesuaian dengan lagu yang akan dinyanyikan.

Setelah faham dan memiliki semua kebolehan di atas, anda perlu pula menganggapkan bahawa anda adalah yang teramat hebat pada ketika itu dan lepaskan kebolehan anda semaksimum yang boleh dan anggaplah penonton yang ada pada ketika dan saat itu adalah mereka-mereka yang amat memerlukan kesemuanya apa yang ada pada anda dan jangan hampakan mereka. Berikan kesemuanya kepada mereka sehinggakan anda dapat merasai anda sudah tidak ada apa-apa lagi. Jika anda berperasaan seperti ini, maka anda adalah seorang penyanyi yang telah berjaya memikat semua orang termasuk pengadil. Jika anda masih juga gagal ke peringkat akhir anggaplah apa yang baru anda lakukan tadi merupakan satu latihan untuk ke peringkat akhir pada pertandingan yang seterusnya. Selamat maju jaya.